Kemudahan bayaran balik Pinjaman Pelajaran JPA yang boleh dimohon berdasarkan tahun penajaan adalah seperti berikut:
2.1 Kemudahan Diskaun
- Penajaan Tahun 2015 dan ke bawah
PERKARA | SKIM PINJAMAN BIASA (PB) | SKIM PINJAMAN BOLEH UBAH (PBU) |
Kriteria | Peminjam dikehendaki membayar balik secara keseluruhan iaitu jumlah pinjaman yang telah diterima di sepanjang pengajian, sebaik sahaja tamat pengajian mereka. | Boleh dipertimbangkan kemudahan pemberian diskaun sebanyak 75% (daripada jumlah keseluruhan pinjaman) |
Kemudahan diskaun | Tiada kemudahan diskaun disediakan | Kemudahan diskaun sebanyak 75% boleh diberikan sekiranya memenuhi syarat berikut:
- Dibiayai di bawah program Pinjaman Boleh Ubah;
- Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah atau CGPA 2.75 ke atas atau setaraf dengannya;
- Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan; dan
- Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama (kepujian)
Dokumen yang diperlukan: Peminjam yang menepati semua syarat dan ingin memohon kemudahan perlu mengemukakan dokumen (yang disahkan), seperti berikut: - Salinan Sijil Ijazah Universiti;
- Salinan transkrip akademik; dan
- Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA.
|
Penghantaran permohonan | Tidak berkaitan | - Emel permohonan yang lengkap kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau
- Poskan ke alamat seperti berikut:
Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Aras 3, Blok C2, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 PUTRAJAYA |
- Penajaan tahun 2016 dan ke atas
PERKARA | SKIM PINJAMAN BOLEH UBAH TAHUN 2016 (PBU 2016) |
Kriteria | Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut tempat berkhidmat dalam empat keadaan seperti berikut: - Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa - berkhidmat dengan Kerajaan
- Bayaran balik sebanyak 25% - berkhidmat dengan Syarikat Milik Kerajaan (GLC)
- Bayaran balik sebanyak 50% - berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara
- Bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar tidak bekerja dan bekerja di luar negara.
|
Kemudahan diskaun | Kemudahan pemberian diskaun akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut: - Telah menyelesaikan tempoh berkhidmat sama ada di GLC/Swasta seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
- Menyelesaikan tempoh berkhidmat di GLC/Swasta yang sama dalam tempoh minimum yang telah dinyatakan di dalam perjanjian.
|
Kemudahan diskaun | Pengiraan tempoh berkhidmat adalah seperti berikut:
SEKTOR SEBELUM | SEKTOR SELEPAS | SPENGIRAAN TEMPOH BERKHIDMAT | Sektor Swasta | Sektor Swasta | Tempoh berkhidmat di kedua-dua syarikat boleh diambilkira. Catatan: - Tempoh masa daripada pertukaran daripada Syarikat A ke Syarikat B mestilah dalam tempoh 6 bulan;
- Kedua-dua syarikat mestilah berdaftar dengan SSM;
- Dokumen-dokumen yang diperlukan di atas mestilah lengkap bagi kedua-dua syarikat tersebut
| Sektor Swasta | Sektor GLC | Tempoh berkhidmat di sektor swasta tidak diambilkira. Perlu memenuhi keseluruhan tempoh berkhidmat di Sektor GLC. | |
Dokumen yang diperlukan | Kemudahan pemberian diskaun akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut: - Telah menyelesaikan tempoh berkhidmat sama ada di GLC/Swasta seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
- Menyelesaikan tempoh berkhidmat di GLC/Swasta yang sama dalam tempoh minimum yang telah dinyatakan di dalam perjanjian.
|
2.1 Kemudahan Diskaun
PERKARA | SKIM PINJAMAN BIASA (PB) | SKIM PINJAMAN BOLEH UBAH (PBU) |
Kriteria | Pegawai dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi boleh memohon penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat dengan Kerajaan. | Boleh dipertimbangkan kemudahan pemberian diskaun sebanyak 75% (daripada jumlah keseluruhan pinjaman) |
Syarat |
- Pinjaman Tajaan Tahun 2001 dan ke bawah:
- Mengikuti pengajian bidang kritikal;
- Sedang berkhidmat dengan Kerajaan;
- Perlu menjelaskan tunggakan pinjaman yang ditetapkan dalam tempoh enam bulan; dan
- Menandatangani perjanjian tambahan dengan pihak Kerajaan.
- Pinjaman Tajaan Tahun 2002 dan ke atas: Laporan kesihatan (sekiranya berkaitan)
- Mengikuti pengajian bidang kritikal;
- Sedang berkhidmat dengan Kerajaan;
- Menandatangani perjanjian tambahan dengan pihak Kerajaan.
| - Pelajar yang dilantik dalam Perkhidmatan Awam boleh ditangguhkan bayaran balik pinjaman berkuatkuasa daripada tarikh lapor diri berkhidmat dengan Kerajaan;
- Pelajar perlu menjelaskan tunggakan bayaran yang sepatutnya di bayar untuk tempoh sebelum pelajar dilantik dalam perkhidmatan awam.
|
Dokumen yang diperlukan |
- Mengikuti pengajian bidang kritikal;
- Sedang berkhidmat dengan Kerajaan;
- Menandatangani perjanjian tambahan dengan pihak Kerajaan.
|
Penghantaran permohonan |
- Mengikuti pengajian bidang kritikal;
- Sedang berkhidmat dengan Kerajaan;
- Menandatangani perjanjian tambahan dengan pihak Kerajaan.
|
Pelepasan Ikatan Kontrak Berkhidmat | Tiada kemudahan diskaun disediakan
Pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan untuk pelepasan ikatan kontrak kepada kepada Unit Pengurusan Perjanjian dan Kontrak melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. | Pegawai hanya dilepaskan daripada ikatan kontrak berkhidmat setelah memenuhi tempoh berkhidmat yang telah ditetapkan dalam Perjanjian Pinjaman. Pegawai dikehendaki mengemukakan permohonan untuk pelepasan ikatan kontrak kepada kepada Unit Pengurusan Perjanjian dan Kontrak melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Pelanggaran kontrak | Membayar balik jumlah pinjaman secara propotionate setelah mengambil kira tempoh pegawai berkhidmat. | Membayar balik keseluruhan jumlah pinjaman.
|
2.3 Kemudahan penanguhan bayaran balik pinjaman
JENIS TAJAAN | SALURAN BAYARAN |
Kriteria dan syarat | Penangguhan bayaran balik pinjaman boleh dipertimbangkan dalam hal-hal berikut: - Tamat pengajian dan masih belum bekerja (6 bulan selepas tamat pengajian);
- Mengikuti latihan atau kursus;
- Melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi;
- Masalah kesihatan yang kronik.
|
Dokumen yang diperlukan |
- Surat permohonan
- Surat tawaran latihan/ kursus/ pengajian ke peringkat lebih tinggi yang jelas menyatakan tarikh mula dan jangkaan tamat latihan/ kursus/ pengajian (mana yang berkaitan)
- Laporan kesihatan (sekiranya berkaitan)
|
Penghantaran permohonan | E-mel permohonan yang lengkap kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.; atau poskan ke alamat seperti berikut: Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 3, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
|