Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.
Tarikh kuatkuasa ASK ialah sehari selepas ianya diluluskan. Bayaran ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) jika ada akan dibayar dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan dan pencen bulanan pula dalam tempoh 30 hari.
Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapat mengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian Pencen, JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematian gemulah. Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhir gemulah.
Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada KWAP secepat mungkin supaya proses pemindahan pencen terbitan kepada balu/ duda/ anak-anak yang layak dapat dibuat dengan segera. Ini juga termasuk dengan dokumen permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 dan dihantar kepada KWAP.
Penerima pencen yang melanjutkan pengajian ke ijazah pertama perlu mengisi borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) - JPA.BP.SPT.B03a dan mengemukakannya ke KWAP untuk pengemaskinian maklumat.
Kelayakan bagi balu / duda yang dikahwini selepas penswastaan syarikat layak untuk menerima pencen terbitan adalah terhad sehingga 20 tahun dari tarikh penswastaan.
Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.
Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.
Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam yang bersara di bawah Akta Pencen 1980.
Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan (yang berkaitan) dan Perintah Am Bab C.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan dan membayar 'Award' Gantian Cuti Rehat kepada pesara perkhidmatan awam persekutuan manakala pesara perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan akan dibayar oleh Jabatan akhir mereka berkhidmat.
Bagi pasangan yang berkahwin semasa dalam perkhidmatan, kelayakan anak adalah sehingga mencapai umur 21 tahun atau berkahwin yang mana terdahulu, atau sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.
Dokumen persaraan boleh dihantar ke: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) Jabatan Perkhidmatan Persaraan, Aras 2, Skytech Tower 2, MKN Embassy Techzone, Jalan Teknokrat 2, Cyber 4, 63000 Cyberjaya, Selangor
Kad pesara boleh dibuat di kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya atau kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya.
Jika pesara ataupun penerima pencen meninggal dunia dan tiada orang yang layak lagi untuk menerima Pencen Terbitan, waris hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:
1. Memaklumkan kepada Bahagian Pencen, JPA dengan segera tentang kematian pesara ataupun penerima pencen tersebut dan sertakan:
1 salinan sijil mati gemulah;
Kad Pesara yang asal;
Waran yang masih belum ditunaikan, jika berkenaan.
2. Bahagian Pencen, JPA akan menguruskan baki pencen (jika ada) dan bayaran akan dibuat kepada waris yang terdekat. Waris hendaklah mengemukakan 1 salinan Kad Pengenalan beliau.