Kaunseling adalah proses perhubungan menolong secara bersemuka di antara Pegawai Psikologi dan klien yang normal manakala bimbingan merupakan proses bantuan kepada individu ke arah pengetahuan, pemahaman dan kemahiran.
Jenis-jenis masalah yang boleh dibincangkan meliputi masalah prestasi & kerjaya, kesihatan, keluarga, pembangunan & kemahiran, kerohanian, kewangan, sikap, ketagihan, psikososial & lain-lain.
Sebarang isu/ maklumat yang dibincangkan dalam sesi kaunseling adalah rahsia dan tidak akan didedahkan secara terperinci kepada mana-mana pihak tanpa persetujuan daripada anda kecuali :
Bagi kes rujukan, satu laporan ringkas akan dikemukakan kepada Ketua Jabatan yang merujuk.
Keadaan yang didapati boleh mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada diri anda atau kepada orang lain.
Keadaan yang terbukti telah berlaku pelanggaran undang-undang, peraturan negara dan organisasi yang sedia ada seperti jenayah dan sebagainya.