Khamis, 16 Mei 2024
08 Zulkaedah 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Saraan

PEKELILING PERKHIDMATAN
SURAT PEKELILING
BERKAITAN GAJI

Pekeliling Perkhidmatan

  • PP Bil. 9/1991
    Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasasrkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Sektor Awam 1991​
  • PP Bil. 8/2000
    Pelarasan Gaji 10% Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Baru
  • PP Bil. 12/2001
    Pelarasan Gaji 10% Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Baru
  • PP Bil. 4/2002
    Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan​
  • PP Bil. 7/2007
    Pemberian Kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  • PP Bil. 1/2012
    Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia​
  • PP Bil. 2/2013
    Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  • PP Bil. 5/2013
    Pemberian Pemindahan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  • PP Bil. 36/2013
    Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Gred 1 Hingga Gred 54 Di Bawah Sistem Saraan Malaysia​
  • PP Bil. 2/2015
    Penambahbaikan Kaedah Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Dalam Pelaksanaan Jadual Gaji Minimum-Maksimum
  • PP Bil. 1/2016
    Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia​
  • PP Bil. 8/2019
    Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan Diawalkan Kepada Pegawai Yang Meninggal Dunia Dalam Perkhidmatan Sebelum Tarikh Pergerakan Gaji
  • PP Bil. 9/2019
    Pelaksanaan Pelarasan Gaji Ke Gaji Permulaan Bagi Menggantikan Pemberian Hadiah Pergerakan Gaji (HPG)
  • PP Bil. 2/2022
    Pemberian Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dalam Kumpulan Pelaksana Dan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional

 

Surat Pekeliling Perkhidmatan

  • SPP Bil. 5/2002
    Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji, Dan Cuti Tanpa Gaji Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
  • ​​
  • SPP Bil. 4/2008
    Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991
  • SPP Bil. 16/2008
    Pemberian Tambahan Kenaikan Gaji Kepada Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim Dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia​
  • SPP Bil. 8/2009
    Panduan Pelaksanaan Kaedah Pergerakan Gaji Tahunan Bagi Pegawai Dalam Tempoh Percubaan​
  • SPP Bil. 5/2010
    Pelaksanaan Penambahbaikan Jadual Gaji Matriks Bagi Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian
  • SPP Bil. 1/2014
    Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tahun 2013 Dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia​
  • SPP Bil. 1/2020
    Pemanjangan Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan Kepada Pegawai Yang Mencapai Gaji Maksimum Bagi Gred-Gred Gaji Baharu Yang Diwujudkan Mulai 1 Julai 2016

KOMPONEN DAN PRINSIP SARAAN 

KAJIAN DAN PENAMBAHBAIKAN GAJI

JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM (JGMM)

PEKELILING PERKHIDMATAN , SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN DAN SURAT EDARAN

  1. Cuti
  2. Perubatan
  3. Perumahan
  4. Pakaian
  5. Tambang
  6. Kemudahan lain

Bahagian Yang Boleh Dihubungi

Bahagian Saraan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 5 & 6,
Blok C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

Komponen Struktur Saraan

Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991 menjelaskan komponen dalam struktur gaji baru adalah seperti berikut:
gaji
Gaji Pokok merupakan satu jumlah wang yang ditetapkan bagi anggota sektor awam yang berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan perumahan.
Imbuhan Tetap meliputi Imbuhan Tetap  Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian, Imbuhan Tetap Jawatan Utama dan Imbuhan Tetap Gred Khas yang dibayar secara bulanan.
Komponen Berubah terdiri daripada pelbagai elaun yang tidak kekal yang diberi sebagai galakan dan penghargaan berasaskan kriteria yang ditentukan.



Bahagian Saraan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Aras 5 & 6,
Blok C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Wilayah Persekutuan
Putrajaya

 

Prinsip Pemberian Elaun

Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru 1991 telah menetapkan prinsip pemberian elaun seperti berikut :

  • Tidak Sejagat (non-universal)
  • Tidak Biasa (non-regular)
  • Tidak Kekal (non-permanent)
  • Kesaksamaan

Prinsip Tidak Sejagat (non-universal) membolehkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan yang ditetapkan. Contoh elaun yang diberi di bawah prinsip ini ialah :
gaji1

 

Prinsip Tidak Biasa (non-regular) menetapkan bahawa elaun diberi hanya dalam keadaan-keadaan tertentu. Contoh elaun yang diberi di bawah prinsip ini ialah :
gaji2

 

Prinsip Tidak Kekal (non-permanent) menentukan bahawa elaun dibayar secara sementara. Ini bermaksud pemberian sesuatu elaun boleh ditarik balik atau dibatalkan. Ini bermakna pemberian elaun adalah ditetapkan sebagai satu keistimewaan (privilege) yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa, jika didapati perlu. Contoh elaun yang dibatalkan di bawah prinsip ini ialah:
gaji3

 

Prinsip Kesaksamaan menjamin pemberian elaun yang lebih adil. Ianya tidak terhad kepada mana-mana perkhidmatan, kumpulan atau gred tertentu sahaja tetapi boleh dipanjangkan kepada pegawai dalam perkhidmatan lain yang layak. Walau bagaimanapun, Prinsip Kesaksamaan ini sewajarnya tidak digunakan tanpa had. Dalam keadaan tertentu, ia hendaklah digunakan secara bijaksana (judiciously) berdasarkan kepentingan perkhidmatan. Contoh elaun yang dipanjangkan di bawah prinsip ini ialah :
gaji4

 


    Bahagian Saraan
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    Aras 5 & 6,
    Blok C3, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya