Skip to main content

Perutusan KPPA

Info JPA

Assalamualaikum warahmatullah WBT.

Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Perkhidmatan awam mempunyai peranan bersama-sama semua pihak untuk membangun dan memartabatkan Negara ke arah kesejahteraan dan melakar kegemilangan. Perancangan, persediaan, adaptasi dan dedikasi semua penjawat awam amatlah penting dalam memberi perkhidmatan yang terbaik pada rakyat dalam apa jua cabaran yang dihadapi.

Perkhidmatan awam perlu diperkasakan lagi dalam penyampaian perkhidmatan selaras dengan dasar Malaysia MADANI, mekanisme pelaksanaannya melalui “M.A.L.A.Y.S.I.A dan pegangan pada nilai-nilai H.E.M.A.T. (Hijrah Tata Kelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi, Telus Tadbiran). Tanggungjawab pula perlu berasaskan kepada tiga (3) prinsip iaitu Facilitate (memudahkan urusan), Accommodate (menyesuaikan cara kerja) and Accelerate (menyegerakan pelaksanaan kerja).

 

Sebagai tulang belakang pentadbiran Negara, jentera perkhidmatan awam perlu sentiasa menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk manfaat kepada rakyat dan negara.

 

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM