Selasa, 21 Mei 2024
13 Zulkaedah 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
  1. Pengurusan Pelanggan
    Memberikan maklum balas untuk aduan / pertanyaan diambil tindakan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  2. Perkhidmatan
    Mengeluarkan surat makluman dan penyiaran keputusan pemangkuan / kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam (Bukan Guna sama) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Lembaga Kenaikan Pangkat Bersidang.
  3. Perjawatan dan Organisasi
    Memberi konsultasi penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh permohonan diterima.
  4. Gaji dan Elaun
    Menguruskan sesi libat urus melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) satu (1) kali setahun.
  5. Pembangunan Modal Insan
    Melaksanakan penawaran penajaan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas kelulusan Pengurusan.
  6. Pengurusan Psikologi
    Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh Pegawai Psikologi menerima permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.
  7. Khidmat Pengurusan
    Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada keseluruhan tuntutan dan bayaran bil dibayar dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  8. Pencen
    Memastikan kelulusan faedah persaraan wajib diselesaikan dalam tempoh 21 hari bekerja sebelum tarikh persaraan.
  9. Digital dan Teknologi Maklumat
    Memastikan pengemaskinian maklumat portal JPA dalam tempoh dua (hari) bekerja daripada tarikh maklumat diterima.
  10. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
    Memastikan sekurang-kurangnya 80% kursus/latihan yang dilaksanakan di INTAN memberi impak positif kepada peserta berasaskan skor purata penilaian 5.5 pada skala 1-7 daripada penilaian mereka di DTIMS.
  11. Penyelidikan, Perancangan dan Dasar
    Ulasan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Memorandum Jemaah Menteri yang diterima daripada Kementerian/Agensi dikemukakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh ianya diterima.
 

Pencapaian Piagam Pelanggan JPA Tahun 2024

Pencapaian Piagam Pelanggan JPA Tahun 2023

Pencapaian Piagam Pelanggan JPA Tahun 2022