Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)
Nama | Rosilawati binti Budor |
E-mel | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Telefon | 603-8885 5001 |
Jawatan Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO) adalah disandang oleh Pengarah Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA
Peranan dan tanggungjawab ICTSO adalah seperti berikut:
- Mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT)
- Menguatkuasakan pelaksanaan PKS JPA di semua bahagian di JPA
- Memastikan pengurusan risiko dan audit keselamatan ICT berpandukan dokumen Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan PKS JPA;
- Mencadangkan langkah-langkah pengukuhan bagi mematuhi dasar-dasar berkaitan keselmatan ICT JPA;
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada pihak National Cyber Security Agency (NACSA) dan seterusnya membantu dalam penyiasatan atau pemulihan;
- Memastikan program kesedaran keselamatan ICT dilaksanakan;
- Menyediakan dan menyebarkan amaran-amaran yang sesuai terhadap kemungkinan berlaku ancaman kepada keselamatan ICT dan menyediakan khidmat nasihat serta langkah pemulihan yang sesuai;
- Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada CDO bagi insiden yang memerlukan Pengurusan Kesinambungan perkhidmatan (PKP);
- Memastikan pematuhan PKS JPA oleh pihak luar yang memberi perkhidmatan ICT kepada JPA untuk tujuan pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan dan sebagainya;
- menyemak, mengkaji dan menyediakan laporan berkaitan dengan isu-isu keselamatan ICT;
- Memastikan PKS JPA dikemas kini sesuai dengan arahan jabatan, peraturan semasa, perubahan teknologi, serta ancaman dalaman dan luaran; dan
- Memastikan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA mengandungi aspek keselamatan ICT
- Jumlah paparan: 554