Pelantikan Tetap / Sementara
P.U(A)1/2012 Pelantikan ke dalam perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan.
Peraturan 4 − Tafsiran
Pelantikan mengikut skim perkhidmatan Peraturan 5(1), P.U(A) 1/2012 - Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah memenuhi syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada masa itu. Pelantikan warganegara sahaja Peraturan 6 (1) , P.U(A) 1/2012 Semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia.
Peraturan 6 (2) , P.U(A)1/2012 - Walau apapun subperaturan (1), YDPA boleh, atas alasan kepentingan negara, membenarkan pelantikan seseorang yang bukan warganegara secara kontrak dan peruntukan Bhg X hendaklah terpakai kepada pegawai itu. Pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun dan Surat Aku Janji Peraturan 20(1), P.U(A)1/2012 – Tiap-tiap calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah memenuhi syarat pelantikan yang berikut:
Peraturan 21,P.U(A)1/2012 – Pegawai yang dilantik kali untuk pertama atau pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan yang lain dikehendaki lulus tapisan keselamatan sebagaimana yang ditetapkan sekiranya ditetapkan sedemikian dalam mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa.
- Jumlah paparan: 4281