Tuesday, 19 March 2024
09 Ramadan 1445
bluegreengoldred

Article available only in Malay.

Ucapan Takziah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Rozhan Kuntom

Saya mewakili Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan seluruh Penjawat Awam di Malaysia ingin melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Rozhan Kuntom yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).

Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada negara khususnya perkhidmatan awam di Malaysia. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang ke-13 dari 1 Ogos 1985 hingga 26 Januari 1987.

Sekali lagi, bagi pihak JPA dan seluruh Penjawat Awam di Malaysia saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri.

 

TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
PUTRAJAYA
09 Mei 2014