Monday, 29 May 2023
09 Dhu al-Qi'dah 1444
bluegreengoldred

Article available only in Malay.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai 'Peneraju Pembaharuan, Penggerak Perubahan' dalam pengurusan dan pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam perlu bergerak seiring membawa perubahan organisasi yang terus kekal relevan bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus.

Perkhidmatan awam sebagai game changer for a better future perlu bersama-sama mencipta sejarah berlandaskan empat fokus utama iaitu; Menyegar Semula Penjawat Awam, Landskap Baharu Organisasi Awam, Perkhidmatan Awam Kalis Masa Hadapan dan Bergerak Bersama ke Hadapan dalam penyampaian perkhidmatan yang didorong ke arah perkhidmatan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi (resilient), anjal (flexible), tangkas (agile) dan berinovasi (innovative). Natijah penegasan ini adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam yang berintegriti dan profesional. Perkhidmatan Awam mempunyai peranan utama dalam menjajar semula sistem penyampaian (service delivery) serta hala tuju melalui dasar-dasar fasilitatif.

Dalam aspek ini portal JPA telah dibangunkan untuk berkongsi maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh semua penjawat awam dan stakeholders JPA. Capaian-capaian mesra pelanggan turut disediakan supaya portal JPA dapat digunakan dengan mudah. Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua agar memanfaatkan sepenuhnya portal JPA ini.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam