Ahad, 25 Ogos 2019
24 Zulhijjah 1440
A- A A+

Ketua Unit Komunikasi Korporat

Encik Jaafar bin Jantan
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

     Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam, telah diluluskan mengikut Akta Prosedur Kewangan, 1957 Seksyen 15(3), Waran Perjawatan Bil. A51 Tahun 2009 berkuatkuasa mulai 16 Mac 2009. Penubuhan Unit ini adalah melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kebangsaan Siri 6 Bil.2/2008 pada 22 September 2008. Mesyuarat telah bersetuju bahawa jawatan Pegawai Perhubungan Awam (PPA) di Kementerian-kementerian disemak semula bertujuan untuk memantapkan lagi peranan dan fungsi yang dimainkan oleh PPA agar selari dengan hasrat dan aspirasi kerajaan.

     Unit Komunikasi Korporat diwujudkan pada 1 Januari 2016 melalui penstrukturan semula Pasukan Komunikasi yang diperluaskan peranan dan fungsinya untuk memperkasa imej JPA sebagai peneraju transformasi perkhidmatan awam.

  • Mewujudkan perhubungan baik antara Jabatan dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif JPA secara keseluruhan;
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak;
  • Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto, dan video;
  • Memastikan aduan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan JPA diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki; dan
  • Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan Jabatan diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.

Untuk bertindak sebagai pemangkin imej korporat JPA dengan menjadi pemerhati, pendengar dan penyampai maklumat pelanggan dan korporat kepada KPPA.

Selaku pengurus komunikasi dan perhubungan media serta pengawal selia perkhidmatan hadapan JPA, Unit Komunikasi Korporat adalah bertanggungjawab terus kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dengan fungsi utama seperti berikut:


  • Bertindak sebagai 'focal point' Jabatan dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat jabatan, nasional dan global;
  • Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat JPA;
  • Merancang dan melaksana program perhubungan awam Jabatan; dan
  • Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan bagi tetamu Jabatan dari dalam dan luar negara.

  • Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti, serta majlis rasmi Jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah; rakaman foto; dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media;
  • Menyelaras dan mendokumentasi teks ucapan KPPA; dan
  • Menyelaras dan mengemaskini isi kandungan portal JPA.

  • Bertindak sebagai focal point jabatan dalam urusan penyampaian perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan JPA.
  • Merancang dan melaksanakan strategi penyampaian perkhidmatan JPA dan pengendalian pelanggan JPA. Mengurus dan mengendalikan pengoperasian harian Kaunter 1Serve JPA4U.
  • Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh JPA melalui SISPAA, 1MOCC, surat, emel, telefon, faks dan sosial media.
  • Merancang dan melaksanakan program e-Pelanggan JPA (Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya).
  • Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan JPA secara tahunan.
  • Memantau dan menguruskan maklum balas isu-isu semasa berkaitan JPA dan Perkhidmatan Awam.

  • Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui stesen TV dan radio; bahan promosi seperti gegantung (bunting), kain rentang (banner) dan billboard; artikel untuk sisipan akhbar; teks ucapan; dan program penyampaian maklumat perkhidmatan JPA;
  • Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar, serta program bersama media; dan
  • Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan jabatan.

  • Memantau kandungan Portal JPA.
  • Menguruskan akaun media sosial Jabatan dengan memastikan isi kandungan sentiasa dikemaskini dengan program/aktiviti Jabatan dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perkhidmatan awam;
  • Memantau dan menguruskan kandungan digital di Information Board dan Smart Intelligent Panel di JPA sentiasa dikemaskini; dan
  • Memantau Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).