Friday, 17 May 2024
09 Dhu al-Qi'dah 1445
bluegreengoldred

Announcement

 
 

Procurement Advertisement

 
 

Activity @ JPA

Biasiswa dan Tajaan

Lapor Diri Tamat Pengajian

  1. Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar tajaan JPA selepas menamatkan pengajian dengan jaya/tidak adalah melaporkan diri ke JPA secara online melalui portal MySELF.
  2. Tempoh yang diberikan untuk melapor diri adalah 30 hari selepas tamat pengajian (tarikh peperiksaan terakhir/pembentangan terakhir/apa-apa perkara yang mencakupi keputusan akademik). Kaedah lapor diri hendaklah dilakukan secara online dengan mengakses laman web yang berikut:
    1. Taip https://myself.jpa.gov.my;
    2. Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan);
    3. Log-in, Klik pada tab Pengajian; dan
    4. Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan.
  3. Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
    1. Salinan sijil Diploma/Ijazah/Masters/PhD (boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen);
    2. Salinan Transkrip Peperiksaan (boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen);
    3. Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik ( https://www.spa.gov.my ) - (Bagi pelajar tajaan  biasiswa JPA sahaja) - (Pelajar dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan yang setara/sesuai dengan kelulusan akademik terkini - bagi pelajar di bidang selain perubatan, pergigian dan farmasi); dan
    4. Salinan Passport (ruang cop imigresen) atau Salinan Tiket Penerbangan Balik (bagi pelajar tajaan di luar negara).
  4. Lapor diri pelajar perlu dilaksanakan secara persendirian kerana terdapat maklumat-maklumat di Portal yang perlu diisi sendiri oleh pelajar. 
  5. Sekiranya terdapat dokumen-dokumen yang masih belum diperolehi, pelajar perlu mengisi Borang Permohonan Pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi laman web https://www.spa.gov.my dan memuat naik slip bukti permohonan jawatan SPA yang diperolehi dari laman web tersebut ke dalam Portal MySELF. Dokumen-dokumen lain boleh dimuat naik setelah diperolehi kelak.
  6. Lapor diri adalah diwajibkan kepada semua pelajar tajaan JPA dan tiada pengecualian. Sekiranya pelajar gagal dalam pengajian dan diberhentikan oleh pihak universiti, pelajar juga perlu melapor diri di Jabatan ini melalui proses yang sama.
  7. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini tidak lagi melakukan lapor diri secara manual setelah Portal Myself dibangunkan pada Disember 2014. Jika terdapat sebarang masalah berhubung proses lapor diri di Portal MySELF tersebut, sila email kepada  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dengan menyertakan print screen berkaitan permasalahan tersebut atau hubungi 03-88853669/ 3379/ 3375/ 3376/ 3050.

BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI PENAJAAN TAHUN 2016 DAN KE ATAS

  1. Kerajaan telah memperkenalkan model baharu penajaan bermula tahun 2016. Model baharu penajaan yang dilaksanakan adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU 2016). Pelaksanaan ini adalah selari dengan prinsip pulangan pelaburan kepada negara (ROI) dalam memastikan Kerajaan akan memperoleh bakat yang terbaik untuk Perkhidmatan Awam. Di samping itu, prinsip ini berupaya mewujudkan sifat kebertanggungjawaban kepada negara. Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:
    1. Penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat sekiranya pelajar berkhidmat dengan Kerajaan/Badan berkanun setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian;
    2. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dengan Kerajaan setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian;
    3. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian;
    4. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
    5. Bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar bekerja di luar negara.
  2. Kemudahan pemberian diskaun (daripada jumlah keseluruhan pinjaman), akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:
    1. Telah menyelesaikan tempoh berkhidmat sama ada di GLC/Swasta seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
    2. Menyelesaikan tempoh berkhidmat di GLC/ Swasta yang sama dalam tempoh minimum yang telah dinyatakan di dalam perjanjian;
  3. Bagi peminjam yang menepati semua syarat seperti di atas dan ingin memohon pertimbangan pengurangan bayaran balik, setiap permohonan hendaklah diiringi dengan dokumen (yang disahkan), seperti berikut:
    1. Surat Permohonan Pengurangan bayaran balik
    2. Surat Pengesahan Majikan
    3. Cabutan carian Syarikat dari SSM
    4. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA
  4. Semua dokumen tersebut PERLU dikemukakan secara emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau diposkan ke alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA

TUNTUTAN GANTI RUGI BIASISWA PERSEKUTUAN/ PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN MULAI TAHUN 2016

  1. Pegawai/ Pelajar yang mendapat tajaan “Biasiswa Persekutuan/Pinjaman Pelajaran Persekutuan”, tetapi telah ditamatkan penajaan kerana telah melanggar syarat-syarat perjanjian akan dikenakan tuntutan ganti rugi.
  2. Notis Tuntutan Ganti Rugi akan dikeluarkan kepada pegawai/pelajar berkenaan dan tuntutan ganti rugi ini hendaklah diselesaikan secara menyeluruh (lumpsum) dalam tempoh 60 HARI / 25 HARI dari tarikh “Notis Tuntutan”, dikeluarkan (Tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani.

KAEDAH BAYARAN BALIK
Lampiran Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Dan Ganti Rugi JPA
https://docs.jpa.gov.my/docs/images/BMI/Kaedah_Bayaran_Balik_Pinjaman_GantiRugi_JPA.pdf

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan bayaran balik pinjaman/tuntutan ganti rugi, bolehlah dibuat melalui panggilan telefon, di talian 03-8000 8000 atau di alamat emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Maklumat lanjut berhubung isu-isu bayaran balik pinjaman dan tuntutan ganti rugi boleh rujuk pada Soalan Lazim
(https://www.jpa.gov.my/soalan-lazim-sm/pembangunan-modal-insan/pengurusan-kutipan-dan-ganti-rugi)

PORTAL PENAJAAN

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

PROGRAM PENAJAAN

LAPOR DIRI

BAYARAN BALIK
PINJAMAN /
GANTI RUGI

BMIPEDIA