Friday, 17 May 2024
09 Dhu al-Qi'dah 1445
bluegreengoldred

Announcement

 
 

Procurement Advertisement

 
 

Activity @ JPA

SPAN 2.0

SISTEM PENGURUSAN AMALAN NILAI (SPAN 2.0)

SPAN 2.0 adalah proses untuk memantapkan pembudayaan nilai murni dalam Perkhidmatan Awam melalui perancangan dan pengurusan amalan nilai yang komprehensif, berstruktur dan berkesan. Pelaksanaan SPAN 2.0 juga merupakan satu kaedah untuk ketua jabatan memahami tahap pengamalan nilai di kementerian/jabatan/agensi masing-masing dan seterusnya mengambil langkah berdasarkan tiga (3) komponen iaitu Pengurusan Program Nilai, Pengauditan Nilai dan Intervensi Nilai.

Objektif

SPAN 2.0 dilaksanakan untuk mencapai objektif berikut:

  1. Pengurusan amalan nilai yang komprehensif, berstruktur dan seragam;
  2. Pembudayaan amalan nilai murni di tempat kerja diutamakan; dan
  3. Pengamalan nilai murni dalam pelaksanaan tugas oleh penjawat awam.

KEBERHASILAN

Pelaksanaan SPAN 2.0 akan mendukung hasrat kerajaan untuk meningkatkan pengamalan nilai murni bagi melahirkan penjawat awam yang berintegriti seterusnya Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi. Dengan itu, rakyat akan menerima perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik.  

PENUTUP

SPAN 2.0 adalah proses pengurusan nilai bersepadu merangkumi tiga (3) komponen utama iaitu Pengurusan Program Nilai, Pengauditan Nilai dan Intervensi Nilai secara terancang untuk memantapkan pembudayaan nilai di dalam Perkhidmatan Awam. Penekanan dalam amalan nilai murni melalui pengurusan amalan nilai yang komprehensif akan menyumbang kepada pemerkasaan pegawai awam, seterusnya peningkatan keupayaan mereka dalam penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, produktif dan berintegriti.