Sabtu, 27 April 2024
18 Syawal 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Urusan Perkhidmatan

Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

Kenaikan Pangkat / Pemangkuan

Pelantikan

Pelantikan Kontrak
Pelantikan Secara Peminjaman/ Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap
Pelantikan Tetap / Sementara

 

 

TERMA DAN TAKRIFAN

Tafsiran
“penanggungan kerja”

Pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.
 

  1. Penangungan kerja boleh dilaksanakan jika:
    1. Terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi; dan
    2. Tugas jawatan kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.
  2. Arahan penanggungan kerja seseorang pegawai hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan.
  3. Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus.
  4. Tarikh kuat kuasa penanggungan kerja hendaklah dari tarikh pegawai melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja dan bermula daripada hari bekerja. Sekiranya tempoh penanggungan kerja berakhir pada hari cuti mingguan dan kelepasan am, tempoh tersebut boleh diambil kira untuk tujuan Elaun Penanggungan Kerja.
  5. Ketua Jabatan boleh memperakukan kepada Pihak Berkuasa Melulus untuk menamatkan penanggungan kerja seseorang pegawai atau mengarahkan pegawai lain untuk menanggung kerja jika difikirkannya perlu, misalnya tidak berpuas hati dengan prestasi pegawai yang menanggung kerja.
  6. Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama empat belas (14) hari atau lebih, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru kepada Pihak Berkuasa Melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja pegawai berkenaan atau memperaku pegawai lain.

Pegawai Yang Layak

  1. Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
  3. Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

Jawatan yang dibenarkan

  1. Jawatan yang diwujudkan sama ada dalam Anggaran Belanja Mengurus atau Waran Perjawatan.
  2. Jawatan yang hendak ditanggung kerja itu hendaklah tidak melangkau dua (2) gred yang lebih tinggi dan bidang tanggung jawab jawatan yang ditanggung kerja tidak terlalu berat dibandingkan dengan kebolehan dan gred hakiki pegawai yang diperakukan untuk menanggung kerja. Pegawai yang lebih tinggi grednya boleh diperakukan penanggungan kerja jawatan yang lebih rendah grednya, dengan syarat jawatan yang hendak ditanggung kerja itu tidak ada hubungan taraf tinggi rendah. Ketua Jabatan semasa menimbangkan sesuatu perakuan penanggungan kerja hendaklah mengambil kira faktor “kemunasabahan” dan “beban tanggung jawab” jawatan yang hendak ditanggung kerja.
  3. Jawatan yang ditanggung kerja hendaklah berada dalam struktur organisasi dan lokasi yang sama. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, jika organisasi berada di lokasi berlainan tetapi dalam lingkungan 25km, perakuan khas Ketua Jabatan diperlukan terhadap perakuan kerja dengan mengambil kira keperluan dan keberkesanan pelaksanaan tugas secara tanggung kerja.
 


  1. Melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama 28 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan, kelepasan am dan juga cuti rehat atas sebab-sebab kecemasan serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja;
  2. Seseorang pegawai yang sedang menanggung kerja tetapi kemudiannya meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu selama 14 hari atau lebih berturut-turut, iaitu termasuk cuti mingguan dan kelepasan am, amak pembayaran Elaun Penanggungan Kerja hendaklah dihentikan;
  3. Seseorang yang pernah diluluskan menanggung kerja dan kemudian diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya tempoh penanggungan kerja kali kedua dan seterusnya tidak kurang 14 hari berturut-turut termasuk cuti mingguan dan kelepasan am; dan
  4. Jika pegawai yang menanggung kerja layak menerima Bayaran Lebih Masa, bayaran tersebut hanya boleh dibayar bagi tugas yang dilaksanakan selepas 2 jam 15 minit daripada waktu bekerja pejabat.
 

 

SISTEM PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM

Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam menyediakan kemudahan kepada Penjawat Awam dalam urusan peperiksaan anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam.
Terdapat 3 modul utama di dalam sistem ini iaitu:

  • Modul Permohonan
  • Modul Semakan Status Permohonan
  • Modul Semakan Keputusan

Di dalam laman  Sistem Peperiksaan Perkhidmatan Awam Online juga disediakan beberapa informasi yang diperlukan dalam urusan permohonan peperiksaan. Di antara informasi yang boleh diperoleh adalah seperti yang berikut:

  1. Panduan dan Syarat Permohonan
  2. Jadual Peperiksaan bagi tahun semasa
  3. Sukatan peperiksaan, antaranya:
    • Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan
    • Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Kenaikan Pangkat 
    • Sukatan Peperiksaan bagi tujuan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
    • Sukatan Peperiksaan bagi tujuan BITP

 

HUBUNGI KAMI

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Perkhidmatan
Sektor Penilaian Kompetensi
Aras 4, Blok C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 WP.Putrajaya

No. Tel : 03-8000 8000 (Malaysia Government Call Centre (MyGCC))
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

TERMA DAN TAKRIFAN

Sistem penilaian prestasi bermaksud suatu sistem untuk merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu tahun.

Pegawai Penilai Pertama (PPP) ialah pegawai atasan atau penyelia yang terdekat kepada PYD dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerjanya.

Pegawai Penilai Kedua (PPK) ialah pegawai atasan yang terdekat kepada PPP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. (Jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian bolehlah dibuat oleh PPP sahaja)
 

Syarat-syarat Penentuan PPP dan PPK
  1. Mempunyai hubungan kerja dan penyeliaan secara langsung di antara PYD dan PPP;
  2. Gred PPP lebih tinggi daripada gred PYD;
  3. Tiada hubungan kekeluargaan terdekat di antara PYD dan PP/PPK
  4. Tempoh penyeliaan tidak kurang daripada 6 bulan dalam tahun penilaian;
  5. PYD yang diselia oleh lebih daripada seorang PPP dalam tempoh masa yang berbeza dan tidak ada pegawai kanan lain yang layak membuat penilaian, maka PPP yang paling lama tempoh penyeliaannya bolehlah membuat penilaian ke atas PYD;
  6. Jika tiada PPP yang layak menilai kerana tempoh penyeliaannya kurang 6 bulan dalam tahun yang dinilai, penilaian dibuat oleh pegawai yang lebih tinggi yang terdekat dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD;
  7. Jika LNPT tahunan tidak disediakan oleh PPP yang telah bersara, meletak jawatan atau tidak dapat dikesan, laporan prestasi PYD hendaklah disediakan oleh PPK.
 

  1. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 – P.U.(A)176/2005
  2. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 – P.U.(A)1/2012
  3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002
  4. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2007
  5. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2012
  6. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009
  7. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009
 

- Kembaran II di Lampiran A3 PP Bil.4/2002
- m/s 7-9 SPP Bil.2/2009
- m/s 12 dan 13 PP Bil.13/2012
 

  1. En. Mohamad Afzanizzam bin Zahran
    03-88854113
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  2. En. Mohd Zaaba bin Abd Hamid
    03-88854279
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

Sub-kategori